Something to read before i go to sleep.. keh keh keh!
TEH PANAS:
Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas teh panas
dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..
"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"
Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas mendidih itu
lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis dengan lajunya....
Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh habis dalam
sekelip mata sahaja...
Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena bayar RM 1.20..
lebih baik cepat-cepat diminum kerana wangku hanya ada 70 sen saja"
CANCER?
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana
penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.
Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih
parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ni
walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi
dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:
"United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian.."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam
kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah
payah oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,
mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.
"Birmingham..." kata si Mat Saleh.
Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si
Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."
Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"
PASAL JAM TANGAN
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya
kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.Mungkin orang tua ini
kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut.Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal
ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah
saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya.
Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,
"Masalahnya?
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"